Kiosk Refleksologi
Dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat, Johor Corporation telah menjalinkan kerjasama dengan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) untuk mengadakan Program Usahawan Refleksologi di Pasaraya Komuniti @mart Kempas.
Program ini diadakan dengan matlamat untuk membantu ibu-ibu tunggal yang juga merupakan peserta program tersebut menjana pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka selain memupuk sifat berdikari serta mendedahkan ibu tunggal kepada dunia perniagaan.
Melalui program ini, Johor Corporation melalui Damansara Assets Sdn. Bhd. telah menyumbangkan sebuah kiosk refleksologi berukuran 240 kaki persegi dan peralatan serta menanggung kos penyewaan bulanan bagi tapak kiosk tersebut. JUITA melalui YPKDT pula akan mengenalpasti peserta yang terdiri dari ibu tunggal untuk melaksanakan dan menguruskan program ini.
Seramai 5 orang peserta yang mengendalikan perkhidmatan urutan refleksologi adalah berkelayakan serta mempunyai sijil refleksologi yang diperolehi dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Program Usahawan Refleksologi telah dirasmikan oleh Y.A.D. Profesor Datin Paduka Dr Jamilah Binti Ariffin, selaku Yang Dipertua JUITA pada 30 Julai 2011.