• Language: Bahasa Malaysia
    • English English
    • Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia
Top Bar
Damansara Assets
Damansara Assets
Malaysia Property Investment and Management
  • Utama
  • Info Korporat
    • Mengenai Damansara Assets
    • Struktur Korporat
    • Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
  • Hartanah
  • Lain-Lain
    • TAMAN AKTIVITI ANGRY BIRDS JOHOR BAHRU
    • PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) JOHOR
  • Berita
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami
    • Hubungi Kami
    • Permohonan Penyewaan
Menu back  
 

Angry Birds Activity Park akan di buka di KOMTAR JBCC

Taman Aktiviti yang pertama di Asia Tenggara seumpamanya

JOHOR BAHRU (Okt 26): Angry Birds Activity Park yang pertama di Asia Tenggara akan di buka di KOMTAR Johor Bahru City Centre (JBCC) kepada orang ramai pada 31 Oktober 2014.

Angry Birds Activity Park meliputi kawasan permainan, aktiviti yang menyeronokkan dengan hiburan  seluas 26,000 kaki persegi. Terdapat banyak permainan menarik untuk kanak-kanak dan remaja, yang mencabar kemahiran motor, kemahiran kognitif, kawalan badan dan tindak balas kelajuan.

Kanak-kanak kecil akan menikmati permainan interaktif Lazer Maze Spaceship, Classic Tower Play, GO! Kart dan trampolin Anti-Gravity. Belia pula akan menikmati Lazer Bird Shoot, Space Drop Airbag, Panna Soccer, Red Bird Goal dan Air Parkour Track. Keseronokan akan berterusan untuk semua di Spinning Time Machine, Piggy Shooting Gallery, Captain Black Bird Ship dan Sand Castle Ball Pit.

Kanak-kanak dapat menikmati semua permainan dan aktiviti menarik tersebut harga RM75 untuk seorang, manakala harga untuk pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60. Terdapat pelbagai pilihan tiket dari single entry hingga ke pas keluarga, pas tahunan-tidak-terhad dan juga untuk kumpulan murid-murid sekolah (minimum 30 orang). Kanak-kanak juga boleh meraikan ulang tahun hari jadi mereka dengan pakej ‘Angry Birds’ kegemaran mereka’.

Acara pratonton kepada media telah dirasmikan oleh Dato ‘Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, dan turut hadir pada majlis itu adalah Pengarah Jualan dan Hubungan Rovio Entertainment Ltd., Jonna Nummela dan Pengarah Eksekutif Damansara Asset Sdn Bhd, Yusaini Sidek Hj dan Pengerusi, Mutiara Johor Corporation, Datin Noor Laila Yahaya.

Yusaini berkata taman aktiviti itu adalah usaha-sama dengan pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd, yang berpangkalan di Finland.

“Watak-watak Angry Birds memang terkenal di kalangan semua peringkat umur di seluruh dunia. Peminat di Malaysia dan negara-negara jiran sekitarnya kini boleh menyelami aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal dan pendidikan di Angry Birds Activity Park ini. ”

“Taman aktiviti tertutup ini juga akan menjadi tempat di mana seluruh keluarga boleh berinteraksi dan mempunyai pengalaman yang menyeronokkan bersama-sama. ”

“Kami menjangkakan taman aktiviti ini akan menjadi tarikan utama bagi peminat taman rekreasi sambil membeli-belah atau makan bersama keluarga dan rakan-rakan yang ditawarkan di KOMTAR JBCC,” katanya.

Menurut Nummela, Rovio Entertainment amat berbesar hati untuk terlibat dalam pembangunan taman aktiviti tertutup pertama di Asia Tenggara ini.

“Kami amat berbangga kerana dapat membawakan Angry Birds ke dunia nyata di Asia Tenggara ini, pastinya dengan kerjasama buat julung kalinya bersama Johor Corporation dan Damansara Assets.  Taman aktiviti ini telah direalisasikan dengan komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan juga ketelitian dalam menjayakan projek ini dari mula lagi”, katanya.

Rovio, sebuah syarikat Global Media Hiburan mengeluarkan permainan Angry Birds pada bulan Disember 2009 dan sejak itu ianya menjadi sangat popular di seluruh dunia.

Taman aktiviti ini terletak di tingkat tiga KOMTAR JBCC. Waktu operasi adalah dari jam  10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Sebagai langkah keselamatan, kanak-kanak di bawah 10 tahun mestilah ditemani oleh seorang dewasa pada setiap masa semasa berada di taman.

Terdapat kamera keselamatan yang dipasang di pelbagai lokasi di dalam taman. Perkhidmatan lain termasuk kabinet kasut dan loker secara sewa, kerusi roda percuma (atas permintaan dengan siapa-cepat-dia-dapat), pasukan pertolongan cemas, kemudahan untuk orang kurang upaya, dan perkhidmatan “lost and found”.

Taman aktiviti ini juga akan menyediakan persekitaran di mana seluruh keluarga dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman yang menyeronokkan bersama-sama. Ini juga dapat memperkasakan hubungan kekeluargan apabila kanak-kanak dan orang dewasa boleh  bermain bersama-sama.

Berita Terkini
  • Angry Birds Activity Park akan di buka di KOMTAR JBCC
    May 13, 2015
  • JCORP TUBUHKAN AL-SALĀM REIT
    May 13, 2015
  • PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) JOHOR DIBUKA MULAI 3 JULAI 2014
    July 3, 2014
  • SYNERGY MALL MANAGEMENT SDN BHD BAWA KOMTAR JBCC KE TAHAP ANTARABANGSA
    June 18, 2014
  • Polis bantuan Damansara Assets Sdn Bhd ditubuhkan
    June 3, 2014
Hubungi Kami
Damansara Assets Sdn Bhd
Level 19, Menara KOMTAR,
Johor Bahru City Centre,
80000 Johor Bahru, Johor
Fax : 07-2229428
Tel : 07 – 223 0159 / 223 4210
Email : nuha@dasb.jbcc.com.my
Sosial…
  • Google+
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Digg
  • Del.icio.us
  • Pinterest
  • Reddit
  • Technorati
  • Tumblr
  • Yahoo Bookmarks
Sertai Senarai Email Kami

Visitor Counter

Today: 118

Yesterday: 166

This Week: 18443

This Month: 111040

Total: 1207612

Currently Online: 89

Retail Enquiry Form

© 2015 Damansara Assets Sdn Bhd. All rights reserved