• Language: Bahasa Malaysia
    • English English
    • Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia
Top Bar
Damansara Assets
Damansara Assets
Malaysia Property Investment and Management
  • Utama
  • Info Korporat
    • Mengenai Damansara Assets
    • Struktur Korporat
    • Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
  • Hartanah
  • Lain-Lain
    • TAMAN AKTIVITI ANGRY BIRDS JOHOR BAHRU
    • PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) JOHOR
  • Berita
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami
    • Hubungi Kami
    • Permohonan Penyewaan
Menu back  
 

JCORP TUBUHKAN AL-SALĀM REIT

Johor Corporation (JCorp) hari ini telah mengumumkan secara rasmi penubuhan sebuah lagi tabung amanah pelaburan hartanah (REIT) Islam yang dikenali sebagai Al-Salām REIT .

Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu majlis menandatangani perjanjian penubuhan Al-Salām REIT di antara dua buah anak syarikat JCorp, Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) dan QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (QSRB) dengan AmanahRaya Trustees Berhad (ART) yang berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya pada 28 April 2015. Majlis tersebut telah disaksikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi JCorp, YBhg Dato’ Abd Rahman Md. Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Berhad dan YB Dato’ Kamaruzzaman Bin Abu Kassim, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp. DASB dan QSRB adalah vendor yang akan menjual aset-aset kepada Al-Salām REIT manakala ART adalah pemegang amanah kepada aset-aset yang bakal dimiliki oleh Al-Salām REIT. Damansara REIT Managers Sdn Berhad (DRMSB) akan menjadi Pengurus REIT untuk Al-Salām REIT.

Al-Salām REIT  telah mendapat kelulusan penubuhannya daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 18 Februari 2015 dan pada 30 Mac 2015, Al-Salām REIT  telah berjaya ditubuhkan dengan pendaftaran Surat Ikatan Amanah kepada SC. Al-Salām REIT  akan menjadi REIT Islam yang memberi tumpuan kepada pelbagai aset patuh Syariah, yang merangkumi antara lain, aset peruncitan komersial, pejabat, dan aset industri.

Untuk permulaan, portfolio awal Al-Salām REIT akan merangkumi 31 aset dengan nilai kira-kira RM900 juta yang akan diambilalih daripada DASB dan QSRB. Antara aset-aset utama milik DASB yang akan diambilalih oleh Al-Salām REIT ialah Menara KOMTAR, Pasaraya @mart, Kolej KFCH dan KOMTAR JBCC, sebuah pusat membeli belah baharu di Johor Bahru yang mempunyai penyewa-penyewa terkenal manakala aset-aset QSR adalah rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dan aset industri terpilih. Al-Salām REIT dijangka akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku ketiga 2015.

“Penubuhan Al-Salām REIT adalah satu lagi komitmen Johor Corporation dalam memainkan peranannya untuk merancakkan industri REIT Islam dan pasaran modal Islam. Johor Corporation percaya bahawa REIT Islam berpotensi untuk menjadi instrumen pelaburan pilihan di kalangan pelabur-pelabur di pasaran modal” menurut Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, YB Dato’ Kamaruzzaman Bin Abu Kassim.

Al-Salām REIT  adalah REIT Islam kedua yang ditaja oleh JCorp. Pada 2006, JCorp melalui KPJ Healthcare Berhad telah menyenaraikan  Al-`Aqar Healthcare REIT (Al-`Aqar) di Papan Utama Bursa Malaysia. Al-`Aqar yang memfokuskan kepada aset-aset berkaitan penjagaan kesihatan turut diuruskan oleh DRMSB. Penubuhan Al-Salām REIT  akan menjadi satu mercu tanda penting dalam industri REIT di Malaysia yang mana JCorp akan menjadi satu-satunya syarikat yang menaja dua REIT Islam manakala DRMSB akan menjadi Pengurus REIT yang pertama menguruskan dua REIT Islam.

Berita Terkini
  • Angry Birds Activity Park akan di buka di KOMTAR JBCC
    May 13, 2015
  • JCORP TUBUHKAN AL-SALĀM REIT
    May 13, 2015
  • PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) JOHOR DIBUKA MULAI 3 JULAI 2014
    July 3, 2014
  • SYNERGY MALL MANAGEMENT SDN BHD BAWA KOMTAR JBCC KE TAHAP ANTARABANGSA
    June 18, 2014
  • Polis bantuan Damansara Assets Sdn Bhd ditubuhkan
    June 3, 2014
Hubungi Kami
Damansara Assets Sdn Bhd
Level 19, Menara KOMTAR,
Johor Bahru City Centre,
80000 Johor Bahru, Johor
Fax : 07-2229428
Tel : 07 – 223 0159 / 223 4210
Email : nuha@dasb.jbcc.com.my
Sosial…
  • Google+
  • Facebook
  • LinkedIn
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Digg
  • Del.icio.us
  • Pinterest
  • Reddit
  • Technorati
  • Tumblr
  • Yahoo Bookmarks
Sertai Senarai Email Kami

Visitor Counter

Today: 109

Yesterday: 166

This Week: 18434

This Month: 111031

Total: 1207603

Currently Online: 81

Retail Enquiry Form

© 2015 Damansara Assets Sdn Bhd. All rights reserved