VSQ Tower 1 yang terletak di Petaling Jaya, Selangor adalah merupakan menara pejabat terbaru yang dimiliki oleh Damansara Assets Sdn. Bhd. Menara setinggi 20 tingkat ini mempunyai suit perniagaan korporat yang dilengkapi dengan kemudahan pantri dan bilik mandi di setiap tingkat.
Kedudukan menara ini sangat strategik kerana dikelilingi oleh bangunan-bangunan komersial, dihubungkan melalui jaringan lebuhraya seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara Puchong, Kerinchi Link dan Lebuhraya SPRINT selain berhampiran dengan Stesen LRT Asia Jaya serta kemudahan pengangkutan awam yang lain.
Sebanyak 964 petak letak kenderaan, sebuah kolam renang dan gimnasium disediakan sebagai sebahagian dari kemudahan kepada penyewa. Menara ini juga turut mempunyai kawalan keselamatan 24 jam.
VSQ Tower 1 menempatkan pejabat QSR Brands (M) Sdn Bhd, Damansara Assets dan Damansara Reit Managers Sdn Berhad dan kini mencapai kadar kepenghunian 100%
Fakta Ringkas
Dimiliki & diuruskan oleh | : Damansara Assets Sdn. Bhd. |
Lokasi | : Seksyen 27, Petaling Jaya, Selangor |
Jenis hartanah | : Menara Pejabat |
Keluasan kasar | : 218,222 kps |
Keluasan boleh sewa | : 163,500 kps |
Jumlah letak kenderaan | : 964 petak |
Hubungi Kami
Pejabat Pengurusan
01-09-01, Level 19, Tower 1,
V-Square @ PJ City Centre, Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Tel : +603-61780221 Fax : +603-61778992