TANJUNG LEMAN BEACH RESORT merupakan sebuah resort yang dibina di persisiran pantai Tanjung Leman, Mersing serta dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi.

Resort ini mempunyai pantai sepanjang 2 kilometer yang diliputi pasir putih ditambah pula dengan kelandaian pantainya serta kejernihan airnya. Persekitarannya yang redup dengan pemandangan Pulau Tinggi, Pulau Besar dan Pulau Sibu membangkitkan suasana tenang dan mempersonakan.

Tarikan semulajadi seperti lanskap batu laut, buah-buahan hutan, hutan berbukit, kicauan burung serta kehadiran haiwan seperti ungka, tupai kerawak dan burung enggang menjadi pelengkap kepada sebuah destinasi percutian yang mendamaikan.

Resort ini terletak 120 km dari Bandaraya Johor Bahru dan 70 km dari selatan Bandar Mersing. Ia merupakan salah satu destinasi percutian keluarga yang popular di negeri  Johor.

Beberapa acara peringkat kebangsaan seperti Karnival Tanjung Leman, Pertandingan Memancing GP Joran Berita Harian serta Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor pernah diadakan disini.

Tanjung Leman Beach Resort dimiliki oleh Johor Land Berhad dan diuruskan oleh Damansara Assets Sdn. Bhd.

Tarikan

Selain beristirehat dan bermain air di laut, penuhi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti di persekitaran Tanjung Leman seperti :

Memancing

Pantai Tanjung Leman tidak pernah menghampakan kaki pancing dengan habuan ikan pari atau kerapu sebagai hasil tangkapan.

Mendaki bukit

Melihat sendiri keindahan pemandangan pulau dan pantai di puncak bukit serta pelbagai spesis serangga dan tumbuh-tumbuhan termasuk tongkat ali.

Aktiviti pantai

Bermain bolasepak atau bola tampar pantai mahupun sukaneka.

Perkhemahan dan BBQ

Melakukan aktiviti perkhemahan serta menyediakan sendiri hidangan BBQ di tepi pantai

Island hopping dan snorkeling

Melihat keindahan gugusan pulau Sibu serta melakukan aktiviti snorkeling di pulau tersebut.

Penginapan

Chalet

Terdapat sebanyak 35 buah chalet yang dibahagikan kepada beberapa jenis bilik dan boleh ditempah dengan tawaran harga yang menarik. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air , ASTRO dan mengadap ke laut manakala bilik keluarga mengadap bukit.

  • Bayan – 12 unit ( 3 orang sebilik )
  • Kenari – 8 unit ( 4 orang sebilik )
  • Kenyalang – 10 unit ( 4 orang sebilik )
  • Raja Udang – 1 unit ( 3 orang sebilik )
  • Rumah Keluarga – 4 unit ( 2 bilik setiap rumah )

Dom

Bagi pengunjung yang ingin bermalam dalam kumpulan yang besar atau melalui rombongan, terdapat juga penginapan berbentuk dom dengan kemudahan berikut :

  • 6 buah dom dengan kapasiti 20 orang setiap dom
  • Dilengkapi dengan hawa dingin dan bilik mandi
  • Berhampiran dengan pantai dan gerai jualan

Tapak perkhemahan

Tapak perkhemahan turut disediakan kepada pengunjung yang gemarkan percutian secara santai. Tapak ini terletak berhampiran pantai dan boleh menempatkan sehingga 100 khemah pada satu-satu masa. Ia turut menyediakan kemudahan bilik air, bilik solat serta tapak BBQ

Kemudahan yang di sediakan

  • Kafe
  • Dewan kuliah
  • Peralatan merempuh halangan
  • Gelanggang bolasepak & bola tampar pantai
  • Tapak BBQ
  • Karaoke

Kadar Harga Bilik

Nos. Jenis Bilik Kapasiti Jumlah Unit Hari Biasa Jumaat-Ahad
Cuti sekolah & Umum (RM)
1   Bayan 1 katil kembar + 1 Katil bujang 12 90 160
2   Kenari 2 katil kembar 8 100 180
3   Kenyalang 2 katil kembar 10 150 220
4   Raja Udang 1 katil kembar + 1 Katil bujang 1 130 200
5   Bilik Keluarga 2 katil kembar 4 200 300
6   Dorm 10 katil 2 tingkat 6 400 600
  41
Kemudahan Lain
1   Merentas Hutan 3 5
2   Tapak BBQ 30 50
3   Tapak Perkhemahan 10 20

Hubungi Kami

Pejabat Pengurusan
Menara JCorp
Tingkat Bawah, Menara JCorp
No. 249, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel             : +603-21412359
Fax            : +603-21412229