Pusat Perniagaan Taman Dahlia adalah merupakan pusat perniagaan yang mengabungkan pasar segar dan bazaar berskala kecil. Ia dibuka pada tahun 1997 sebagai penempatan semula secara sementara bagi peniaga-peniaga di pekan Tampoi.

PPTD mempunyai hampir 500 buah lot perniagaan yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bazar, pasar segar dan medan selera dengan kemudahan tempat letak kenderaan secara percuma.

Perniagaan di PPTD dibuka setiap hari mulai jam 2.00 pagi hingga 2.00 petang bagi pasar segar dan 5.00 pagi hingga 10.00 malam bagi bazar dan medan selera.

Bahagian dan Jenis Perniagaan

Bazar

Terdapat sebanyak 274 lot perniagaan di bahagian bazar yang menjual barangan seperti perabut, barangan elektrik, peralatan telekomunikasi, haiwan peliharaan, produk kesihatan, buku serta majalah, hasil kampung dan barangan runcit. Perkhidmatan seperti menjahit, saloon dan kedai juga ditawarkan di bazar ini.

Pasaraya Maslee adalah merupakan ‘anchor tenant’ di PPTD dengan menjual barangan keperluan harian manakala kedai Yang Yang menjual barangan kelengkapan rumah pula merupakan peniaga kedua terbesar.

Pasar Segar

Pasar segar di PPTDyang mempunyai 179 lot dibuka seawal jam 2.00 pagi setiap hari menawarkan pelbagai pilihan ikan dan daging segar, sayur-sayuran serta buah-buahan.

Medan selera

Medan selera PPTD sering menjadi tumpuan orang ramai menjamu selera terutamanya untuk bersarapan. Tarikan utamanya adalah keenakan nasi lemak Asiah serta soto warisan Patoni. Ia dibuka dari jam 5.00 pagi hingga 10.00 malam.

Fakta Ringkas

Dimiliki & diuruskan oleh :  Damansara Assets Sdn. Bhd.
Lokasi :  Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bahru
Jenis hartanah : Bazaar & Pasar Segar
Keluasan kasar :  114,331 kaki persegi
Jumlah lot : 470

Hubungi Kami

Pejabat Pengurusan
Pusat Perniagaan Taman Dahlia
No. 11 & 12, Blok A4
Jalan Persiaran Dahlia
81200 Johor Bahru
Tel : +607-2321020 
Fax : +607-2357173