Pasaraya Komuniti @ Mart Kemas adalah merupakan sebuah pusat perniagaan yang berkonsepkan pasaraya komuniti yang dibina serta diuruskan oleh Damansara Assets Sdn. Bhd. Ia dibangunkan di atas tapak seluas 12 ekar yang dikelilingi oleh kawasan perumahan dengan kepadatan penduduk hampir 250,000 orang dan mula beroperasi pada Mac 2011.

Kewujudan pasaraya ini telah memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan barang keperluan harian tanpa perlu bergerak lebih jauh manakala harga barang yang ditawarkan sangat berpatutan.

Untuk kemudahan pengunjung, sebanyak 530 tempat letak kenderaan disediakan secara percuma selain perkhidmatan teksi dan troli. Pasaraya Komuniti @mart Kempas dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan kemudahan tempat letak kenderaan secara percuma.

Konsep dan Jenis Perniagaan

Konsep perniagaan di Pasaraya Komuniti @Mart Kempas disusun serta dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu peniaga utama, pasar basah, medan selera, bazar, kiosk dan ruang promosi dengan pecahan unit seperti berikut :

Konsep perniagaan

Jumlah lot

Peniaga utama

1

Pasar basah

34

Medan selera

14

Bazar

115

Kiosk

40

Jenis Perniagaan

Pasaraya Komuniti @Mart Kempas menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan. Di antara barangan yang boleh diperolehi di sini adalah :

Peniaga Utama – (Pasaraya Midas Mart )

Barangan keperluan dapur, kebersihan diri, alatulis, aksesori rumah serta barangan bayi

Lot Bazar

Menjual pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, aksesori pakaian, komputer, kasut, jam, barangan hiasan, perabut, barangan elektrik, produk kesihatan, pakaian sukan dan unifom sekolah, aksesori kenderaan, telekomunikasi, saloon kecantikan dan pusat hiburan keluarga

Pasar Segar

Barangan basah seperti ikan, daging, ayam, sayuran, rempah-ratus, buah-buahan dan barangan runcit

Medan Selera

Pelbagai jenis juadah untuk sarapan, makan tengahari, minum petang dan malam antaranya aneka mee, nasi padang, nasi lemak, nasi campur, kuih- muih dan pelbagai jenis minuman.

Kiosk

Makanan dan minuman ringan, produk kesihatan, perkhidmatan menjahit, telekomunikasi dan aksesori lelaki dan wanita.

Lot Promosi

Jualan bertema pada waktu tertentu seperti barangan keperluan sekolah, bazar hari raya, promosi kereta dan motorsikal, keperluan majlis perkahwinan serta promosi buah-buahan.

Hubungi Kami

Pejabat Pengurusan
Pasaraya Komuniti @mart Kempas
No. 10, Jalan Persiaran Tanjung
81200 Johor Bahru
Tel : +607-2328262
Fax : +607-2384122
www.facebook.com/amart.kempas