Menara KOMTAR adalah sebuah menara pejabat terawal dan tertinggi di Johor Bahru apabila memulakan operasinya pada tahun 1979. Ia merupakan bangunan pertama dibina dan dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor yang kini dikenali sebagai Johor Corporation.

Setelah beroperasi selama 35 tahun, menara yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya Johor Bahru ini tampil dengan wajah baru melalui pengubahsuaian rekabentuk luaran serta dalaman dengan konsep lebih moden seiring dengan perkembangan semasa dan pembangunan semula KOMTAR.

Menara KOMTAR menempatkan ibu pejabat Damansara Assets Sdn. Bhd., Biro Pengaduan Awam Negeri Johor, TPM Technopark Sdn. Bhd., IPPJ Sdn. Bhd., Waqaf An-Nur Corporation Sdn. Bhd serta beberapa agensi perkhidmatan profesional dan firma guaman.

Menara ini dilengkapi dengan enam lif berkelajuan tinggi serta mempunyai 1,600 ruang meletak kereta dan 600 petak motosikal apabila pembangunan Komtar JBCC siap sepenuhnya.

Kedudukan Menara Komtar adalah sangat strategik kerana dikelilingi dengan Institusi perbankan, kompleks kuarantin, imigresen dan kastam, hotel, stesen keretapi dan pusat membeli belah.

Fakta Ringkas

Pemilik : Amanah Raya Trustee Bhd
Diuruskan oleh : Synergy Mall Sdn. Bhd.
Lokasi : Pusat Bandar Johor Bahru
Jenis hartanah : Menara pejabat
Keluasan kasar : 211,472 kaki persegi
Keluasan boleh sewa : 161,815 kaki perseg

Hubungi Kami

Pejabat Pengurusan
Menara KOMTAR
Suite 3, Tingkat 17, Menara KOMTAR
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Tel : +607-2238458
Fax : +607-2234210