Menara Ansar adalah merupakan sebuah menara pejabat setinggi 21 tingkat terletak di antara pusat membeli-belah Galleria@Kotaraya dan Hotel Puteri Pacific di tengah-tengah Bandar Raya Johor Bahru. Dibina pada tahun 1996, Menara Ansar turut dikenali sebagai bangunan pintar kerana dilengkapi dengan Building Automation System (BAS).

Selain menempatkan ruang pejabat, Menara Ansar turut mempunyai arked membeli-belah di bahagian podium yang menempatkan sebanyak 16 lot perniagaan. Bahagian arket ini juga mempunyai laluan yang menghubungkan terus ke Hotel Puteri Pacific. Pejabat Konsulat Jepun serta beberapa agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan urusan seharian orang ramai turut beroperasi di Menara Ansar sehingga mencatatkan kadar kepenghunian sebanyak 100%. Bangunan ini mempunyai kemudahan meletak kenderaan selain kawalan keselamatan 24 jam dan sistem cctv berpusat.

Senarai Penyewa

Ruang pejabat

Di antara agensi kerajaan dan swasta yang beroperasi di Menara Ansar adalah :

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Jabatan Tenaga Kerja
  • Jabatan Audit Negara
  • Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • Suruhanjaya Tenaga
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
  • MATRADE
  • Jaring
  • Boardroom Corporate Services
  • CH William Talhar & Wong
  • MSIG Insurance
  • KPMG
  • PriceWaterhouseCoopers
  • Bank Rakyat.

Arked

Arked di Menara Ansar yang terletak di tingkat bawah mempunyai sebanyak 22 buah lot. Di antara produk dan perkhidmatan yang terdapat di arked ini ialah business centre, agensi pelancongan, penyewaan kenderaan, penubuhan syarikat, agensi pengiklanan, rekabentuk grafik, butik dan pusat kecantikan.

Fakta Ringkas

Pemilik : Kulim (Malaysia) Berhad
Diuruskan oleh                : Damansara Assets Sdn. Bhd.
Lokasi : Jalan Trus, Johor Bahru
Jenis hartanah : Bangunan pejabat
Keluasan kasar : 469,744 kaki persegi
Keluasan boleh sewa : 240,991 kaki persegi
Jumlah  letak kenderaan : 350 lot

Lokasi

LihatMenara Ansar dalam peta yang lebih besar

Hubungi Kami

Pengurusan Menara

Lot S20, Podium 1, Menara Ansar,

No. 65, Jalan Trus,

80000 Johor Bahru