Larkin Sentral adalah merupakan terminal pengangkutan awam yang utama dan terbesar di Johor Bahru. Ia menjadi tempat tumpuan orang ramai yang ingin menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi.

Sebagai sebuah terminal pengangkutan utama, perkhidmatan bas awam yang beroperasi di sini menyediakan perjalanan ke seluruh destinasi di Malaysia selain ke Singapura dan Selatan Thailand. Perkhidmatan teksi pula menyediakan perjalanan ke bandar-bandar utama di Johor serta perjalanan jarak jauh ke destinasi luar Johor.

Larkin Sentral terbahagi kepada 2 komponen bangunan iaitu bangunan terminal dan pasar. Dianggarkan seramai 20,000 orang mengunjungi Larkin Sentral setiap hari dan akan meningkat pada hujung minggu, cuti sekolah dan musim perayaan.

Bahagian dan Jenis Perniagaan

Larkin Sentral mempunyai 4 bahagian perniagaan dan perkhidmatan iaitu :

Perkhidmatan bas dan agensi pelancongan

Sebanyak 56 operator menawarkan perkhidmatan bas ekspress, bas henti-henti, bas ke Singapura serta pakej pelancongan tempatan dan Singapura. Kaunter-kaunter tiket bagi perkhidmatan bas ini terletak di tingkat bawah bangunan terminal.

Pasar Segar

Pasar segar terletak di tingkat bawah bangunan pasar dan mempunyai sebanyak 225 buah lot. Barangan segar seperti ikan, sayur, daging, buah-buahan serta rempah ratus terdapat di pasar ini.

Proses pengubahsuaian serta naiktaraf pasar segar Larkin Sentral telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan menampilkan lot perniagaan lebih luas, penambahan pencahayaan, peningkatan aliran udara serta laluan pejalan kaki yang lebih luas untuk keselesaan pengunjung.

Pasar ini dibuka seawal jam 3.00 pagi hingga 6.00 petang dan ditutup bagi kerja-kerja pembersihan pada setiap hari Isnin.

Bazar

Larkin Sentral mempunyai sebanyak 394 lot bazaar yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian harian dan traditional, beg, kasut, buku, barangan runcit, produk kesihatan, barangan perkahwinan, makanan ringan serta perkhidmatan seperti jahitan dan klinik kesihatan.

Menjelang sambutan hari raya Aidilfitri setiap tahun, sebuah bazaar Ramadan akan didirikan di kawasan meletak kenderaan berhampiran bangunan terminal. Ia dikenali sebagai Bazar Ramadan yang menjual biskut dan kek raya, perhiasan rumah serta juadah berbuka puasa.

Menjamu Selera

Sebuah medan selera yang mempunyai sebanyak 76 buah gerai terletak di tingkat 2 dan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk sarapan, makan tengahari serta malam. Medan selera ini boleh menampung sehingga 1,000 orang pengunjung pada satu masa.

Selain medan selera, terdapat juga restoran makan segera, kopitiam dan kedai roti yang terletak di tingkat bawah.

Kemudahan

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pengunjung:

  • Masjid An-Nur Larkin Sentral di tingkat 2 bangunan terminal
  • Klinik Waqaf An-Nur terletak bersebelahan masjid
  • Pejabat pos mini di tingkat bawah
  • Ruang menunggu Bas Maju
  • Pondok polis
  • Mesin pengeluaran wang
  • 650 petak kenderaan 24 jam

Lokasi

Lihat Larkin Sentral dalam peta yang lebih besar

Hubungi Kami

Pengurusan
Larkin Sentral
5C-90, Tingkat 1
No. 5, Jalan Garuda
Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam larkin
80350 Johor Bahru
Johor
Tel : +607-2235017
Fax : +607-2233275