Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Johor Bahru kini dikenali sebagai Johor Bahru City Centre (JBCC) apabila YAB Menteri Besar Johor melancarkan penjenamaan semula pembangunan KOMTAR pada 4 Jun 2013.

Kerja-kerja pembangunan semula KOMTAR telah dimulakan pada tahun 2011 merangkumi pembangunan semula pusat membeli-belah yang akan dikenali sebagai KOMTAR JBCC, pengubahsuaian Menara KOMTAR dan pembinaan sebuah menara pejabat serta hotel. Keseluruhan pembangunan yang dinamakan JBCC ini akan disiapkan secara berperingkat bermula dengan pembukaan KOMTAR JBCC pada pertengahan tahun 2014 manakala menara pejabat baru dan hotel dijangka siap pada 2016.

KOMTAR JBCC bakal memberikan kelainan dalam aktiviti membeli-belah di Johor Bahru melalui penampilan butik-butik berjenama tempatan dan antarabangsa, restoran terkemuka dunia, ruang niaga berkonsep ‘souk’, medan selera bertaraf antarabangsa serta Angry Birds Family Entertainment Centre yang pertama di dunia dibina dalam pusat membeli-belah.

Pembangunan keseluruhan JBCC juga turut melibatkan pembinaan infrastruktur awam seperti elevated pedestrian link bridge yang menghubungkan Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (Bangunan Iskandar), Bangunan JB Sentral, Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor, Puteri Pacific Hotel dan Galleria @Kotaraya ke JBCC khusus untuk pejalan kaki.

Pembangunan mega di atas tanah seluas 5 ekar ini adalah merupakan satu usaha Johor Corporation melalui Damansara Assets Sdn. Bhd. untuk menghidupkan semula kawasan pusat perniagaan di Bandar Raya Johor Bahru. Ia juga bertujuan untuk mengembalikan semula statusnya sebagai mercu tanda ikonik dan destinasi membeli-belah, menjamu selera dan hiburan yang terulung di Bandar Raya Johor Bahru.

JBCC bakal menjadi pusat pelaburan asing melalui pembukaan perniagaan produk-produk berjenama antarabangsa. Ia akan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negeri Johor melalui kemasukkan pelancong asing serta menawarkan sebanyak 6,000 peluang pekerjaan.

Fakta Ringkas

Pemilik : Damansara Assets Sdn. Bhd.
Diuruskan oleh : JVC
Lokasi : Pusat Bandar Johor Bahru
Jenis hartanah : Pusat Membeli-belah, Bangunan Pejabat dan Hotel
Keluasan kasar KOMTAR JBCC : 600,000 kps
Keluasan boleh sewa KOMTAR JBCC : 405,000 kps
Jumlah letak kenderaan : 1,600 petak

Hubungi Kami

Pre Opening Team KOMTAR JBCC
Tingkat 5, Menara KOMTAR
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor
Tel : +607-2679900
Fax : +607-2679968
www,komtarjbcc.com.my

Pejabat pengurusan
Menara KOMTAR
Suite 3, Tingkat 17, Menara KOMTAR
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Johor
Tel : +607-2238458
Fax : +607-2234210