Jeti Tanjung Leman yang terletak berhampiran Pantai Tanjung Leman Mersing telah dibina oleh Johor Corporation sebagai satu kemudahan kepada pelancong untuk ke pulau-pulau dan resort berhampiran seperti Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu dan Sibu Island Resort.

Jeti ini turut digunakan oleh penduduk di pulau berhampiran serta kelong bagi urusan seharian. Ia dibuka sepanjang tahun dan boleh digunakan oleh bot-bot walaupun dalam keadaan air yang surut. Dianggarkan seramai 20,000 orang menggunakan jeti ini pada setiap tahun.

Bagi pelancong yang ingin ke Sibu Island Resort, feri akan bertolak dari jeti Tanjung Leman pada jam 11.00 pagi dan 3.00 petang setiap hari.

Johor Corporation adalah merupakan pemilik jeti ini manakala operasinya diuruskan oleh Damansara Assets Sdn. Bhd.

Kemudahan

Kemudahan yang terdapat di Jeti Tanjung Leman adalah :

  • Gerai serbaneka
  • Gerai makanan
  • Restoran makanan segera KFC
  • Ruang menunggu
  • Bilik sembahyang
  • Tempat letak kenderaan

Lokasi

Lihat Jeti Tanjung Leman dalam peta yang lebih besar

Hubungi Kami

Pengurusan
Jeti Tanjung Leman
86800, Tanjung Leman
Mersing, Johor
Tel : +607-7913002
Fax : +607-7913001