KOMTAR JBCC adalah merupakan sebuah pusat membeli-belah setinggi 4 tingkat yang dibina semula oleh Damansara Assets Sdn. Bhd. bagi menggantikan kompleks beli-belah yang lama iaitu Kompleks Tun Abdul Razak. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada Julai 2014 dan menjadi destinasi membeli-belah terbaru di Johor Bahru.
Tarikan KOMTAR JBCC terletak kepada barangan jenama antarabangsa yang dijual yang mana kebanyakannya pertama kali berada di negeri Johor. Selain itu, beberapa restoran terkenal turut dibuka di sini.
Di antara jenama-jenama antarabangsa yang terdapat di KOMTAR JBCC adalah TUMI, Bath & Body Works, Sephora, Bobbi Brown, Pandora, Jelly Bunny dan Skechers manakala Tony Roma’s, The Coffee Bean & Tea Leaf, Starbucks, The Manhattan Fish Market dan Thai Express merupakan restoran terkemuka yang terdapat di sini. Penyewa utama di KOMTAR JBCC adalah Metrojaya.
Sebuah taman aktiviti terkenal iaitu Angry Birds Activity Park yang di bawa dari Finland turut dibuka di pusat membeli-belah ini. Selain itu, sebuah medan selera seluas 25,000 kaki persegi yang boleh menampung sehingga 800 orang turut dibina untuk kemudahan pengunjung menjamu selera dengan menawarkan sajian tempatan dan antarabangsa.
Fakta Ringkas
Pemilik : Amanah Raya Trustee Berhad
Diuruskan oleh : Synergy Mall Management Sdn. Bhd
Keluasan kasar : 623,374 kps
Keluasan boleh sewa : 397,569 kps
Jumlah peniaga : 112
Kemudahan Untuk Pengunjung
- 1,187 petak letak kereta dan 480 motosikal
- Jambatan pejalan kaki ke kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin(CIQ) ke Singapura
- Khidmat pelanggan dengan peralatan sokongan
- Surau
Hubungi Kami
Centre Manager KOMTAR JBCC
Synergy Mall Management Sdn. Bhd.
Tingkat 5, Menara KOMTAR
Johor Bahru City Centre
80000 Johor Bahru
Tel : +607-2679900
www.komtarjbcc.com.my
facebook/komtar jbcc