Galleria@Kotaraya adalah merupakan sebuah pusat membeli-belah yang dahulunya dikenali sebagai Plaza Kotaraya. Ia terletak di tengah-tengah Bandar Raya Johor Bahru dan dikelilingi oleh bangunan pejabat, institusi kewangan, hotel, pusat konvensyen, tempat tarikan pelancong serta terminal pengangkutan awam.

Pada tahun 2011, Galleria@Kotaraya telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian selaras dengan pelan transformasi Bandar Raya Johor Bahru. Dibuka semula kepada pengunjung pada Julai 2012, pusat membeli-belah ini tampil dengan rekabentuk dalaman lebih ceria, gabungan peniaga tempatan dan antarabangsa, penambahbaikan kemudahan sertadilengkapi dengan sistem panduan meletak kereta.

Konsep baru yang diperkenalkan ini membolehkan pengunjung membeli-belah dengan lebih santai dan selesa serta sesuai untuk golongan berkeluarga.

Tarikan

Membeli-belah

Terdapat pelbagai pilihan barangan untuk membeli-belah seperti pakaian traditional dan moden, aksesori lelaki dan wanita, kasut, buku, produk kesihatan, computer, aksesori hiasan rumah serta pusat kecantikan.

Di antara peniaga tersebut adalah DIY, Butik Avon, Modani, Se Lavinia Boutique, dan Johor Central Store.

Sebuah pasaraya terbesar di Bandar Raya Johor Bahru iaitu Kapitan Mart turut terletak di Galleria@Kotaraya. Dengan keluasan 17,600 kaki per segi, Kapitan Mart menawarkan barangan harian seperti keperluan dapur, barang sejuk beku, penjagaan diri serta keperluan bayi.

Menjamu Selera

Galleria@Kotaraya sangat terkenal dengan kepelbagaian pilihan untuk menjamu selera. Medan selera yang terletak di tingkat paling bawah menjadi tarikan utama pengunjung untuk menjamu selera. Ia cukup popular dengan hidangan mee rebus, asma rojak, nasi campur, makanan laut serta keunikan minuman yang disediakan.

Selain itu, terdapat pilihan makanan lain seperti masakan barat, makanan segera, sandwich, snek dan makanan ringan yang disediakan oleh restaurant terkenal seperti KFC, Pizza Hut, Kenny Rogers Roasters, Subway, Secret Recipe dan Crazy Potato.

Masjid An-Nur Kotaraya

Masjid An-Nur Kotaraya terletak di tingkat 1 dan 2 Galleria@Kotaraya. Ia merupakan masjid pertama di Malaysia yang dibina di dalam pusat membeli-belah. Masjid ini mampu menampung seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa dan turut mengadakan solat Jumaat.

Klinik Waqaf An-Nur

Klinik Waqaf An-Nur akan dibuka dipusat membeli-belah ini pada May 2014. Ia ditubuhkan atas inisiatif Johor Corporation sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporatnya bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan.

Klinik ini dikendalikan oleh doktor pakar dari Hospital KPJ dan dibuka kepada orang ramai dengan kadar bayaran sebanyak RM 5.00 sahaja bagi setiap rawatan.

Taman Aktiviti Angry Birds

Taman Aktiviti Angry Birds adalah merupakan tarikan terbaru di Galleria@Kotaraya. Ia merupakan Taman Aktiviti Angry Birds pertama yang dibina di Asia Tenggara. Taman seluas 2,800 kaki persegi ini adalah berkonsepkan permainan video Angry Birds dibina khusus untuk peminat karektor animasi tersebut yang berumur 12 tahun ke bawah.

Taman aktiviti ini terletak di tingkat bawah Galleria@Kotaraya dan dibuka kepada orang ramai secara percuma dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Fakta Ringkas

Pemilik : Damansara Assets Sdn. Bhd.
Diuruskan oleh : Synergy Mall Management Sdn. Bhd.
Alamat : L3-UTC-01, Galleria @ Kotaraya
Lokasi : Jalan Trus, Johor Bahru
Jenis hartanah : Pusat Membeli-belah
Keluasan kasar :  621,000 kaki persegi
Keluasan boleh sewa : 201,000 kaki persegi
Jumlah outlet : 179 buah
Jumlah petak parkir : 455

Lokasi


Lihat Galleria Kotaraya dalam peta yang lebih besar

Hubungi Kami

Pengurusan Galleria@Kotaraya
Suite 7 & 13, Ansar Biz Centre
Lot 1B, Podium 1
Menara Ansar
65, Jalan Trus
80000 Johor Bahru
Tel : +607-2245584
Fax : +607-2236911
Facebook : www.facebook/galleriakotaraya