B5 JOHOR STREET MARKET, Tampoi, Pusat Komersil Setempat Negeri Johor

Johor kini mempunyai satu lagi tarikan pelancongan yang baharu iaitu pembangunan B5 Johor Street Market yang mempunyai keluasan lantai kasar (GFA) 101,181 kaki persegi dan keluasan lantai bersih (NLA) 51,695 kaki persegi menawarkan lebih 168 ruang niaga kepada usahawan termasuk bumiputra di samping mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 1,000 penduduk.

Pembangunan B5 Johor Street Market secara tidak langsung akan menjadi Pusat Pelancongan Komersil Pelancongan Setempat (Centralised Retail Tourism) yang pertama di Johor dan objektifnya merubah wajah dan lanskap peta pelancongan negeri johor sejajar dengan misi Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Johor 2020.

Inspirasi reka bentuknya adalah bercirikan warisan lama Johor dan mempunyai lima elemen utama iaitu ‘retail bazaar’, ‘box park’, kenderaan saji atau ‘food truck’, makanan dan minuman serta hab untuk membuka ruang dan peluang kepada penggiat seni dan budaya bagi mempamerkan kreativiti dan inovasi bakat seni, warisan dan budaya tempatan.

Dengan gabungan lima elemen tersebut, B5 Johor Street Market mensasarkan untuk menarik lebih ramai pengusaha produk pelancongan tempatan, penggiat seni, golongan belia dan pengusaha industi kecil dan sederhana (IKS) untuk bergabung di bawah satu bumbung dan sebagai platform bagi menjalankan aktiviti bisnes, memasarkan hasil kraftangan, berkarya, mempamerkan bakat yang bersesuaian untuk tarikan pelancongan.

Pelbagai jenama yang terdiri daripada penyewa tempatan ; D’Market by Kapitan Grocer, pilihan makanan & minuman seperti JBorn, Cupchai, Dum Dum (Thai Tea), selain itu hasil kraftangan tempatan seperti pelbagai  pilihan Tanjak dan Klasik Busana, Leman Painting mengetengahkan hasil lukisan artistik dan aksesori dan pelbagai lagi. Lebih menarik lagi pengunjung-pengunjung bakal disajikan dengan persembahan berkala tarian kesenian dan kebudayaan negeri Johor di pentas utama B5 Johor Street Market.

B5 Johor Street Market ini melibatkan kos keseluruhan pembangunan RM67.79 juta (RM38.29 juta kos pembelian tanah manakala pembinaan RM29.5 juta)

Pembangunan B5 Johor Street Market diharap dapat menjadi sebuah destinasi pilihan kebudayaan yang unggul dan bertaraf dunia dan pada masa yang sama mengekalkan semangat jati diri bangsa melalui aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan dan pengembangan seni, budaya dan warisan negara. Sesuai dengan konsep B5 Johor Street market yang unik dan terkini ini ianya juga diharap dapat menarik minat khususnya golongan belia dimana mereka dapat mengenali dan meminati seni, warisan dan budaya negeri dengan lebih dekat.

Pusat Komersil Pelancongan Setempat B5 Johor Street Market ini juga telah terpilih sebagai salah satu Titik Sentuhan Bajet Negeri Johor 2018 didaftarkan sebagai Projek Pelancongan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.. Pada 20 Oktober 2019 yang lalu satu Majlis Penyerahan Brown Signage kepada B5 Johor Street Market oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung telah diadakan dengan meriahnya.

Pembangunan B5 Johor Street Market di Johor ini diusahakan oleh Johor Corporation menerusi Divisyen Hartanahnya yang diterajui oleh Johor Land Berhad dan operasinya diuruskan oleh Damansara Assets Sdn Bhd.

Contact Us

Encik Mohd Saffian Jaafar

Timbalan Pengurus Besar

Jabatan Projek Khas

Damansara Assets Sdn Bhd

Tel: 012-7372536

Pejabat: 07-2441271

Leave Comment