Dibuka sejak 31 Oktober 2014, Taman Aktiviti Angry Birds adalah meliputi kawasan permainan dan aktiviti yang menyeronokkan dengan hiburan seluas 26,000 kaki persegi. Taman aktiviti itu adalah merupakan usaha-sama dengan pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd, yang berpangkalan di Finland.
Terdapat banyak permainan menarik untuk kanak-kanak dan remaja, yang mencabar kemahiran motor, kemahiran kognitif, kawalan badan dan tindak balas kelajuan.
Kanak-kanak kecil akan menikmati permainan interaktif Lazer Maze Spaceship, Classic Tower Play, GO! Kart dan trampolin Anti-Gravity. Belia pula akan menikmati Lazer Bird Shoot, Space Drop Airbag, Panna Soccer, Red Bird Goal dan Air Parkour Track. Keseronokan akan berterusan untuk semua di Spinning Time Machine, Piggy Shooting Gallery, Captain Black Bird Ship dan Sand Castle Ball Pit.
Kanak-kanak dapat menikmati semua permainan dan aktiviti menarik tersebut harga RM75 untuk seorang, manakala harga untuk pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60. Terdapat pelbagai pilihan tiket dari tiket biasa hingga ke pas keluarga, pas tahunan-tidak-terhad dan juga untuk kumpulan murid-murid sekolah (minimum 30 orang). Kanak-kanak juga boleh meraikan ulang tahun hari jadi mereka dengan pakej ‘Angry Birds’ kegemaran mereka.
Terdapat kamera keselamatan yang dipasang di pelbagai lokasi di dalam taman. Perkhidmatan lain termasuk kabinet kasut dan loker secara sewa, kerusi roda percuma (atas permintaan dengan konsep siapa-cepat-dia-dapat), pasukan pertolongan cemas, kemudahan untuk orang kurang upaya, dan perkhidmatan hilang dan jumpa.
Taman aktiviti ini juga menyediakan persekitaran di mana seluruh keluarga dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman yang menyeronokkan bersama-sama. Ini juga dapat merapatkan hubungan kekeluargan apabila kanak-kanak dan orang dewasa boleh bermain bersama-sama.
Taman Aktiviti Angry Birds ini terletak di tingkat tiga KOMTAR JBCC dan dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Keterangan lanjut layari :